Peranan SRK

Setiap kolej terdapat SRK yang dilantik oleh Timbalan Rektor HEP.


Semua program / aktiviti yang dirancangkan diperingkat kolej adalah di bawah kelolaan dan pengawasan SRK kolej terbabit.


SRK berperanan sebagai Penasihat Program anjuran kolej


Pegawai ini bertanggungjawab untuk membantu melaporkan kes pelajar sakit di kolej untuk bantuan seterusnya.


Selain itu, sebagai SRK mereka juga bertanggungjawab untuk menguatkuasakan peraturan-peraturan bagi mengawal disiplin yang termaktub dalam AKTA 174.