Peranan JPK

JPK merupakan sebuah badan perwakilan pelajar yang dipilih di kalangan penghuni kolej. Pelantikan JPK dibuat oleh Timbalan Rektor HEP setelah mengambil kira ulasan dan cadangan pihak pengurusan kolej.


JPK memainkan peranan yang penting dalam perhubungan di antara penghuni kolej, Pengurusan HEP dan masyarakat kampus. JPK juga bertanggungjawab untuk merangka dan melaksanakan aktiviti kolej dengan kerjasama warga kolej dan pihak-pihak yang berkaitan.


Empat (4) skop aktiviti utama yang dilaksanakan merangkumi aktiviti akademik, kerohanian, pembangunan diri & kecergasan / kesukanan seperti forum, ceramah, kursus, aktiviti sukan & rekreasi, khidmat masyarakat, keagamaan dan kebudayaan.