iPelajar

Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar UiTM (Terengganu)


ARAHAN LARANGAN PENGGUNAAN POLISTERIN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

AISHAH ABDULLAH
27-Jul-2016

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

YBhg. Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan

Dimaklumkan bahawa, Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (JKE) UiTM Bil. 04/2010 bertarikh 29 Mac 2010 menyatakan bahawa Universiti Teknologi MARA sedang melaksanakan program ‘Green Technology’ sebagai usaha membebaskan kawasan kampus dari penggunaan polisterin dan sampah sarap.

Sehubungan itu, larangan penggunaan polisterin ini perlu dipatuhi oleh semua pihak. Hal ini kerana polisterin mengandungi bahan beracun yang boleh mendatangkan bahaya dan kesan buruk kepada pengguna dan alam sekitar.

Sekian, terima kasih.

Sumber : Surat Dari Pejabat Timbalan Naib Canselor HEP UiTM SHAH ALAM

DIALOG REKTOR

AISHAH ABDULLAH
25-Jul-2016

Sukacita dimaklumkan Program Dialog Bersama Rektor

akan diadakan seperti berikut :

 

Tarikh: 25 Julai 2016 (Malam ini )

Masa: 8.45 malam

Tempat: Stadium Gemilang

 

 

Bersama-sama kita meraikan majlis dan memberi kerjasama

agar dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar kita.

 

Sekian untuk makluman.

KOLEJ PERHENTIAN KOLEJ DEGREE

AISHAH ABDULLAH
20-Jul-2016

Bermula September 2016, Kolej Perhentian akan difokuskan sebagai Kolej Degree Senior.
Kepimpinan Siswi pula akan dipenuhkan kedalam Kolej Kapas dan Kolej Duyung B. Dan mungkin segelintir di Kolej Perhentian B.


Walaubagaimanapun, Degree Baru akan berpusat semula di Kolej Gemia sebagai ikon kepada Lepasan MDAB.
Dengan itu dasar penempatan pengumpul merit akan dikaji semula.

Sumber: FB TR HEP

PEKELILING TIMBALAN REKTOR HEP UiTM(TERENGGANU) BIL.16/2016

AISHAH ABDULLAH
18-Jul-2016

PROSEDUR MENINGGALKAN KOLEJ KEDIAMAN SEMPENA CUTI AKHIR SEMESTER IJAZAH SESI MAC - JULAI 2016

 

 

TUJUAN

1.    Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua pelajar Sarjana Muda dan Sarjana berhubung dengan cuti semester mulai 22 Julai 2016 sehingga 04 September 2016.

 

LATAR BELAKANG

 

2.   Para pelajar khususya yang tinggal di Kolej Kediaman adalah dikehendaki mengosongkan bilik kolej kediaman masing-masing mulai 22 Julai 2016 (Jumaat).

 

3.    Pelajar yang bercadang tinggal di kolej sewaktu cuti perlu mendapatkan kelulusan Bahagian Hal Ehwal Pelajar melalui Unit Pengurusan Kolej & NR seminggu sebelum tarikh cuti semester bermula. Bayaran akan dikenakan mengikut kadar yang ditetapkan. Pelajat yang tinggal tanpa kebenaran boleh dikenakan tindakan oleh pihak pengurusan kolej.

 

TUJUAN PELAKSANAAN

 

4. Pekeliling ini adalah sebagai pemberitahuan dan pemakluman kepada semua pelajar Ijazah mengenai prosedur meninggalkan bilik sempena cuti akhir semester sesi Mac - Julai 2016.

 

5.     Cuti Akhir Semester pelajar Ijazah sesi Mac – Julai 2016 bermula pada 22 Julai sehingga 4 September 2016.

 

TARIKH DIKELUARKAN

 

6.     Pekeliling dikeluarkan pada 17 Julai 2016.

 

TARIKH KUATKUASA

 

7.     Pekeliling ini berkuatkuasa pada 22 Julai 2016.

 

8.   Pemakaian Pekeliling ini adalah untuk semua pelajar yang tinggal dan yang bercadang tinggal di Kolej Kediaman UiTM semasa cuti semester bermula.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1.     AM

 

i)            Dimaklumkan bahawa cuti semester pelajar Ijazah sesi Mac – Julai 2016 akan bermula mengikut jadual peperiksaan masing-masing. Pelajar dikehendaki meninggalkan kolej kediaman dalam tempoh 24 JAM dari tarikh akhir peperiksaan anda.

 

ii)           Pelajar dilarang tinggal di kolej semasa musim cuti semester tanpa kebenaran bertulis daripada Timbalan Rektor HEP.

 

 

2.     PERATURAN SEBELUM MENINGGALKAN BILIK / KOLEJ KEDIAMAN

 

i)            Bilik mestilah bersih dari sampah sarap serta sawang yang melekat pada kipas, lampu, cermin tingkap dan dinding.

 

ii)           Pelajar-pelajar DILARANG MELONGGOKKAN SAMPAH SARAP di luar bilik atau di aras masing-masing dan hendaklah dibuang terus ke tempat pembuangan sampah yang dikhaskan iaitu di tong sampah besar berhampiran kolej masing-masing.

 

 

3.     PROSEDUR MENINGGALKAN BILIK (CLEARANCE)

 

i)            Pelajar-pelajar hendaklah melengkapkan Pengesahan Perabot yang terdapat dalam Sistem iPelajar dan seterusnya menyerahkan kunci berserta tag di Kaunter Pejabat Kolej masing-masing.

 

ii)          Pelajar tidak dibenarkan memasuki semula ke bilik tersebut walau dengan apa cara dan tujuan sekalipun. Mana-mana penghuni bilik yang tidak melengkapkan Pengesahan Perabot yang terdapat dalam Sistem iPelajar akan menyukarkan proses Pengesahan Keluar Bilik. 

 

iii)         Pelajar perlu membuat temujanji di kaunter pejabat kolej masing-masing berkenaan tarikh dan masa untuk staf membuat pemeriksaan ke bilik dengan keberadaan penghuni sebelum pelajar membuat pengesahan keluar bilik dan seterusnya pulang bercuti.

 

iv)        Untuk makluman, pengesahan keluar bilik (Clearance) hendaklah dibuat semasa waktu pejabat sahaja dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Hari Ahad – Rabu) dan 8.00 pagi hingga 3.30 petang (Hari Khamis)

 

v)          JPK / SekretariatJPK kolej masing-masing diminta memastikan semua suis lampu koridor dan paip air ditutup selepas semua pelajar meninggalkan bilik / kolej kediaman.

 

 

4.     STOR SEMENTARA UNTUK BARANGAN MANDIAN SAHAJA

 

i)            Semua pelajar diingatkan agar tidak meninggalkan harta benda atau barang-barang milik peribadi di dalam bilik / kolej atau di mana-mana bilik / tempat di sekitar kolej kediaman yang tidak dikhaskan sebagai Stor. Jika didapati pelajar masih melakukan perkara seperti di atas, pihak Pengurusan Kolej & NR tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan.

 

ii)           Unit Pengurusan Kolej & NR HANYA MENYEDIAKAN STOR SEMENTARA UNTUK PENYIMPANAN BARANGAN MANDIAN SAHAJA seperti berikut:-

 

 

Kolej Kediaman

 

Stor Sementara

Kompleks Kolej Pantai

Siswi Berjawatan (Kolej Duyung B) – Stor Kolej PH A

Siswa Berjawatan (Kolej Duyung A) – Stor Kolej PHB

 

 

5.     BAYARAN KEROSAKAN HARTA BENDA UiTM

 

i)            Kehilangan kunci bilik atau kerosakan pada kunci, pintu atau tombol pintu akan dikenakan bayaran seperti berikut:-

 

 

Jenis Kerosakan

 

Kadar Bayaran

Kunci berserta tag hilang

RM 10.00

Tombol pintu rosak

RM 40.00 (termasuk kunci yang perlu dibuat salinan pendua)

Pintu bilik rosak                 

RM 450.00

 

ii)          Kadar bayaran ke atas kerosakan harta benda UiTM adalah berdasarkan kos untuk penggantian baru. Bayaran hendaklah dibuat di Kaunter Bendahari dan menyerahkan resit bayaran di Kaunter Pejabat Kolej masing-masing semasa urusan ‘clearance’.

 

 

Kerjasama dan keprihatinan semua pelajar amat kami harapkan demi kesejahteraan bersama.

 

 

 

 

 

AZAHARI BIN ABDUL AZIZ

Timbalan Rektor

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

 

 

17 Julai 2016

 

 

Dikelilingkan kepada:

 

Pengurus Asrama

Staf Residen Kolej

Ketua Polis Bantuan

YDP MPP/ Kolej

UiTM (Terengganu)

 

 

 

Nombor Fail    :           100-UiTMKD(HEP/6/7/2)

PERMOHONAN PTPTN KELOMPOK KE-2 BAGI PELAJAR DIPLOMA

RAFIDAH ALIAS
12-Jul-2016

Kepada mana-mana pelajar Diploma yang memohon pinjaman PTPTN bagi kelompok ke-2, semakan dan  pengesahan Surat Perjanjian PTPTN akan diadakan  seperti tarikh berikut :-

        Tarikh         : 13 & 14 Julai 2016 (Rabu & Khamis)

                   Masa            : 8.30 pagi hingga 3.30 petang

                   Tempat        : Bilik Gerakan HEP, Bangunan Karisma

 

Manakala hari penyerahan surat tawaran & perjanjian kepada Pegawai PTPTN akan diadakan seperti butiran berikut :-

          Tarikh         : 15 Julai 2016 (Jumaat)

                   Masa            : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

                   Tempat        : Bilik Gerakan HEP, Bangunan Karisma

 

Diharap semua pelajar yang berkenaan dapat menyediakan dokumen yang diperlukan dan DIWAJIBKAN menghantarnya mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Sebarang masalah, sila rujuk ke Pejabat Am HEP dengan kadar segera.

 Sekian, harap maklum.

MAKLUMAN KEBERADAAN PEKERJA KONTRAK PADA HARI CUTI AM 9 JULAI 2016 (HARI RAYA)

AISHAH ABDULLAH
05-Jul-2016

Assalamualaikum...Untuk makluman kepada semua resident Kolej UiTMT Kampus Dungun. Hari Sabtu 10 Julai 2016 ini merupakan hari kelepasan am bagi Negeri Terengganu.

Sehubungan itu pekerja kontraktor hanya akan bercuti pada Sabtu 9hb 2016 sahaja. Adalah menjadi tanggungjawab resident supaya menjaga kebersihan blok Kolej Kediaman.

Kerjasama semua resident amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

KOLEJ DEGREE

AISHAH ABDULLAH
28-Jun-2016

Kita telah mula menerima permohonan kolej dari warga Degree. Proses ini akan mengutamakan konsep "First Come First Served" bagi lebihkurang 150 katil yang tersedia di Kolej Perhentian dan Kapas.
Kita akan mengutamakan 150 permohonan pertama yang lengkap dari warga sediada Degree. Selebihnya ia akan bergantung pada kemungkinan kekosongan yang mungkin akan wujud di Kompleks Kolej Tasik.
Walaubagaimanapun, Kompleks Kolej Tasik akan mengutamakan yang berikut terlebih dahulu:
1. Siswa/i baru dari STPM/Matriks/ASASI yg akan mendaftar pada Sept 2016; dan
2. Siswa/i baru penerapan dari Diploma ke Ijazah yg akan mendaftar juga pada Sept 2016.
Jika ada kekosongan seterusnya, barulah lebihan permohonan sediada akan diproses dan ditempatkan di Kompleks Kolej Tasik berdasarkan kekosongan yang sediada.
Saya harap proses diatas difahami oleh kesemua pemohon. UPKNR akan melihat sebarang kemungkinan sebaik mungkin.

 

Sumber: FB TR HEP

PERMOHONAN KOLEJ KEDIAMAN BAGI PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA, SESI SEPTEMBER 2016 – JANUARI 2017

TUAN SYARIFAH ROSHASILAH SYED ABDULLAH
21-Jun-2016

Dimaklumkan bahawa permohonan kolej bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda akan dibuka mulai 26 Jun 2016 (Ahad) dan ditutup pada 21 Julai 2016 (Khamis).

Sehubungan itu, semua pelajar Ijazah Sarjana Muda yang berminat boleh membuat permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Kolej di Kaunter Pejabat Kolej.

Borang Permohonan Kolej yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Pejabat Kolej Kompleks Pantai sahaja.Pelajar yang tidak membuat permohonan akan dianggap tidak berminat untuk tinggal di kolej pada semester hadapan.

Tawaran kemudahan kolej untuk pelajar Ijazah adalah tertakluk kepada kekosongan dan  ‘siapa cepat dia dapat’ (FIRST COME FIRST SERVE). Tawaran kolej adalah secara berbayar, seperti kadar berikut:-

JENIS BILIK

BAYARAN UNTUK SEORANG

(1 SEMESTER)

3 orang sebilik

RM 315.00

4 orang sebilik

RM 210.00

Bagi pelajar yang berjaya mendapat kemudahan kolej, mereka boleh mendaftar masuk bilik bermula pada 4 September 2016 (Ahad).Adalah diingatkan supaya pelajar datang pada hari pendaftaran yang telah ditetapkan kerana pihak kolej / Universiti tidak menyediakan kemudahan penginapan sebelum hari pendaftaran.

Sekian, harap maklum.

***INFO B.P.F.*** (no.rujukan: ukp/b/01/0616)

AISHAH ABDULLAH
19-Jun-2016

Perkara


GANGGUAN KERJA-KERJA BEKALAN AIR DI DALAM KAMPUS KECUALI KAWASAN GEMIA DAN REDANG DI UiTM (TERENGGANU) DUNGUN.

Tarikh


20 JUN 2016  (ISNIN)

Waktu Bekerja


8.00 PAGI HINGGA SELESAI
         

Pegawai Bertanggungjawab

EN.ZAINAL ABIDIN - Penolong Jurutera - 019 9380106 (Ext.1151)
EN. MARUAN AWANG
- Pembantu Kemahiran - 013-9563725 (Ext.1150)


Kontraktor


SYARIKAT MOIDA


Catatan


Sebarang Kesulitan Amat Dikesali

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi kami di talian 098400512 @ samb. 1512

 

Terima Kasih

Kepada pelajar yang memohon PTPTN (DIPLOMA) Kelompok Pertama.

AISHAH ABDULLAH
13-Jun-2016

Semakan dan Pengesahan Saksi akan diadakan pada :-

 

Tarikh       :     15 & 16 Jun 2016

                        (Rabu & Khamis)

Masa        :     8.30 pagi – 3.30 petang (Rabu)

                        8.30 pagi – 2.30 petang (Khamis)

Tempat    :     Bilik Gerakan HEP

 

Serahan Dokumen Tawaran & Perjanjian kepada pihak PTPTN akan diadakan pada :-

 

Tarikh       :     17 & 18 Jun 2016

                        (Jumaat & Sabtu)

Masa        :     8.30 pagi – 5.30 petang

Tempat    :     Bilik Gerakan HEP

 

Diharap semua pelajar yang berkenaan dapat menyediakan dokumen yang dikehendaki.

 

Sebarang masalah, sila rujuk Pejabat AM HEP dengan segera.